Pernahkah anda jatuh cinta?..ramai diantara kita yang jatuh cinta kat seseorang, tapi gagal sebab gagal untuk menyatakan perasaan cinta itu kepada si dia. Mungkin kerna takut cinta di tolak, tapi ada baiknya kita meluahkan perasaan itu kepada si dia, sekurang-kurangnya dia tahu kita meminatinya. Soal diterima atau tidak itu soal kedua, apa yang penting kita berani untuk luahkan perasaan itu.
Siapakah yang harus memulakan bukannya satu masalah sebenarnya, tidak timbul soal "kita yang lebih-lebih". Yang penting kita berani berterus terang. Namun begitu, perlu ada tertibnya agar kita tidak begitu terasa andainya cinta kita tidak diterima oleh si dia. Mungkinkah si dia juag berpersaan sama seperti anda, luahkan perasaa itu agar anda tidak menyesal kemudian hari. Terutamanya kepada golongan lelaki, perlu ada keberanian untuk menyatakan ayat keramat itu.
Apapun, sekiranya kita inginkan perhubungan yang serius, pastikan kita benar-benar bersedia untuk ke arah itu, jangan nanti putus ditengah jalan kerana alasan belum bersedia. Jangan lukakan hati insan yang menyanyangi kita. Kesediaan si dia untuk menerima kita dalam hidupnya perlulah kita hargai. Jangan sesekali sengaja memutuskan sesebuah hubungan tanpa alasan yang kukuh. Sekiranya perlu, pastikan perpisahan itu dengan penuh hikmah. Jangan memutuskan secara tiba-tiba, Bagilah ruang untuk si dia menerima perpisahan itu.
Seandainya kita jujur dalam mencintai si dia, si dia juga akan jujur mencintai kita. Soal jodah adalah ketentuanNya, namun kita juga harus berusaha untuk mewujudkan sebuah hubungan yang jujur seadanya. Cinta adalah kekuatan untuk meneruskan kehidupan bukannya sebaliknya.. Peace, no war.
0 comments:
Post a Comment