Thursday, October 8, 2009
20.09.2009
Hari ini merupakan hari terakhir ku sebelum menjadi suami..sejarah telah tercipta dan pada malam itu tepat pukul 9.00 malam aku selamat melafazkan akaq dan 'Dia' telah sah menjadi isteriku. Isteriku...Raziyah Noruddin merupakan insan yang telah berjaya membuatkan aku membukakkan pintu hatiku untuk bertamu pada taman cinta yang sebelum ini telah "mati". Dia adalah kekuatanku, Ya Allah, Kau berilah aku kekuatan untuk mengharungi alam rumahtangga. Semoga ikatan yang terbina ini kekal hingga ke akhir hayat. Ehm, sebelum ini aku sering memperkatakan tentang indahnya rumahtangga, namun kenkadang terdetik juga persaan takut di hatiku..bimbang takut aku gagal menjaga isteriku dengan baik...kerana dia adalah isteriku...
Perjalanan kehidupan baru bermula, pelbagai cabaran menanti di hadapan. Ku sentiasa berdoa PadaNya agar apa yang dibina ini kekal hingga ke akhir hayat..peace:-)

Monday, August 10, 2009
Perkahwinan
Sudah lumrah setiap manusia inginkan sebuah perkahwinan yang penuh dengan kebahagiaan. namun sejauh manakah kita berusaha untuk ke arah itu. Hari ini kita di kejutkan dengan pelbagai kisah mengenai hubungan rumah tangga seperti penderaan, rogol, liwat, malh ada juga sampai membunuh. Kenapa semua ini harus berlaku? di mana janji setia yang pernah di lafazkan bersama? di mana hilangkan perasaan cinta dan saling menghormati? kenapa perkahwinan yang dulu di bina atas dasar cinta akhirnya berpisah bukan pada hujung hayat? kenapa dan kenapa?.. terlalu banyak persoalan yang timbul dalam soal ini. Siapakah yang bersalah dalam hal ini?Adakah salah suami? adakah salah isteri?.
bersambung.....
bersambung.....
Monday, May 18, 2009
Kebahagian pasti milik kita...
Assalamualaikum...
Alhamdulillah syukur padaNya, setelah agak lama menyepi, teringin lak nak berkongsi petua untuk kebahagian dalam perhubungan. Jika sebelum ini pastinya kita sering baca tip-tip intuk kebahagian dalam hubungan rumahtangga, persahabatan, percintaan dan sebagainya. Tapi apa yang saya ingin rumuskan di sini adalah beberapa perkara asas yang perlu di ambil kira dalam memastikan hubungan yang kita jalinkan terus kekal hingga selamanya, tak kira apa jua konteks hubungan itu terjalin.
1. Niat- niat sebenarnya memainkan peranan penting dalam sesuatu hubungan. Ia juga boleh dikatakan sebagai matlamat atau hala tuju sesebuah hubungan. Sebelum kita komited dalam perhubungan kita perlu jelas atas dasar apakah hubungan itu terbina. Ia penting agar tidak ada hati yang terluka:-)
2.Jujur- semua pastinnya bersetuju dengan fakta ini, namun sejauh manakan hubungan kita yang terjalin bersulamkan jejujuran. Erm..anda sendiri yang tentukan.
3. Toleransi - setiap dari kita menpunyai pandangan yang tersendiri. Adakalanya perkara ini menjadi isu utama yang boleh merenggangkan hubungan yang terjalin. Tak salah kalau kita mengalah dengan pasangan kita. Namin begitu jangan pula kita mengambil kesempatan di atas toleransi yang diberikan oleh pasangan kita.
4. Ikhlas - siapa yang tahu, tepuk dada tanya iman. Pasangan atau sahabat yang ikhlas tidak pernah mengharapkan balasan. Apa yang dilakukan tanpa mengharapkan balasan. So, jika anda ikhlas pastinya pasangan kita juga ikhlas menjalinkan perhubungan dengan kita.
Erm, empat perkara ini merupakan kunci kepada kebahagian dalam hubungan. Apa yang penting, jangan pernah menyakiti kalau kita tidak mahu di sakiti. InsyaAllah, semuanya dalam redhaNya Tuhan.

Monday, July 14, 2008
Pemimpin Negara??
Akum.
Email dari seorang kawan..fikir-fikirkan lah akan kebenaranya.
Benar atau tidak artikel yang tertulis di bawah ini, kita sendiri boleh menilainya.....Perbezaan Mahathir dengan Abdullah Selepas dua tahun mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mula mengkritik kerajaan pimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dari pelbagai aspek. Kritikan tajam Mahathir mencetuskan pelbagai reaksi.
1. Semasa Jadi TPM
Mahathir Sudah merancang apa yang akan dilakukannya apabila menjadi Perdana Menteri nanti. Ideanya banyak tetapi tidak dilakukannya semasa menjadi TPM, sebagai menghormati bosnya.
AbdullahDisebabkan terlalu berhati-hati setelah melihat kegagalan Musa, Ghafar dan Anwar ketika mereka menjadi TPM, Pak Lah menjadi begitu low profile sehingga tidak ada apa-apa idea langsung dan menimbulkan keraguan ramai mengenai keupayaannya mengambil alih pucuk pimpinan nanti.
2. Sejurus Selepas Jadi PM
Mahathir
Terus melaksanakan idea-ideanya yang tersimpan lama itu, seperti menyeragamkan waktu bagi seluruh Malaysia, memperkenalkan kad perakam waktu, Malaysia Incorporated, Dasar Pandang Ke Timur, Kepimpinan Melalui Teladan dan sebagainya.
Abdullah
Disebabkan ketiadaan idea semasa menjadi TPM lagi maka Pak Lah tidak dapat melaksanakan apa-apa lagi, yang ada hanya slogan-slogan retorik seperti Cemerlang, Gemilang, Terbilang yang mencetuskan tafsiran-tafsiran rambang dan umum.
3. Pembangunan Islam
Mahathir
Di awal penerajuannya, Mahathir memperkenalkan 'Penerapan Nilai-Nilai Islam' yang disambut baik tanpa bangkangan dan kontroversi. Dia tidak cuba menampilkan dirinya sebagai seorang Islam waraq atau berpura-pura dengan menjadi Imam atau membaca doa. Baginya dia adalah seorang fundalmentalist. Namun Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa adalah merupakan cetusan ideanya yang kemudiannya diakui Anwar sebagai idea-ideanya sendiri.
Abdullah
Pak Lah tiba-tiba berani memperkenalkan Islam Hadhari' yang amat kontroversi dan itupun datang dari penasihat agamanya. Tidak cukup dengan itu, Pak Lah sering menjadi imam sembahyang berjemaah yang gambarnya dipamerkan di muka depan akhbar-akhbar utama. Potretnya yang sedang mengaminkan doa juga menghiasi dinding-dinding pejabat. (Jangan lupa Anwar juga sering menjadi imam sembahyang apabila baru-baru berpindah kementerian dan menjadi TPM!. Potretnya yang sedang mengaminkan doa juga menghiasi dinding-dinding pejabat.)
4. Menghadapi Aduan
Mahathir
Mahathir biasanya mendengar aduan dari orang-orang politik atau perniagaan yang menemuinya dengan tenang dan tanpa sebarang emosi atau komen. Biasanya juga dia akan minta bukti yang lebih lengkap. Tidak berapa lama lepas itu, pengadu dapat tahu isu atau aduan berkenaan telah diberi perhatian dan tindakan diambil oleh pihak berkenaan.
Abdullah
Pak Lah akan mendengar aduan seseorang dengan penuh teruja dan merangsang si pengadu. Beliau sering memberi komen, 'Macam mana boleh jadi macam ni? Mengapa tak bagi tau Pak Lah lebih awal? Ini kita tak boleh biar' dan sebagainya. Si pengadu seronok dan merasai masalah berkenaan telah separuh selesai. Namun bila ia pulang isu tersebut jadi terperap dan tidak ada sebarang tindakan yang diambil Pak Lah. Dia hanya melakukan satu political public relations. Itu sahaja.
5. Menghadapi Cadangan Perniagaan
Mahathir
Meneliti cadangan atau proposal perniagaan. Dia akan menggariskan segala fakta-fakta penting dan menandakan muka surat-muka surat yang berkaitan. Dalam masa paling lewatnya seminggu kertas cadangan tersebut akan turun ke Unit Perancang Ekonomi (EPU) di JPM. Sekiranya EPU mengatakan 'Cadangan ini baik, tetapi kerajaan tidak mempunyai wang untuk melaksanakannya' ,Mahathir mengarahkan EPU untuk 'cari wang'. Dengan itu pegawai-pegawai di EPU akan bergegas membuat perkiraan dan congak bagi mempastikan wang diperolehi dari pelbagai saluran kewangan kerajaan. Mahathir mahu cadangan itu dilaksanakan bagi menjana kegiatan ekonomi seperti yang lazim dilakukannya.
Abdullah
Ramai yang tidak tahu apa Pak Lah buat dengan cadangan-cadangan yang dihantar kepadanya. Kalaupun diturunkannya kepada EPU dan EPU jawab 'Cadangan ini baik, tetapi kerajaan tidak mempunyai wang untuk melaksanakannya' . Pak Lah akan jawab balik, 'Tak ada wang tak payah buat'.Maka cadangan berkenaan akan mati terus di situ. Pegawai EPU tidak perlu lagi pening kepala untuk usaha mencari wang kerana PM mereka juga tidak mahu pening-pening kepala. Keputusan untuk tidak payah buat ini akan bertuah jika dibuat dalam masa sebulan atau dua bulan. Tetapi apa yang berlaku ialah ia mengambil masa berbulan-bulan malah dalam banyak keadaan kertas cadangan itu entah hilang kemana, bak kata pepatah Inggeris, Gone with the wind.
6. Pengurusan Waktu
Mahathir
Mahathir dikenali sebagai seorang yang disiplin dengan waktu. Beliau selalu tiba di pejabatnya selewat-lewatnya 7.45 pagi setiap hari. Dia tak pernah lewat menghadiri mesyuarat yang dipengerusinya atau majlis yang akan dirasmikannya. Kalau dia terlewat 10 minit pun dia akan memohon maaf. Tetamu-tetamu yang buat temujanji dengannya tidak perlu menunggu berjam-jam. Kalau janji lima belas minit, lima belas minitlah masa yang dibenarkan bertemu dengannya. Maka tetamu-tetamu kemudian tidak perlu duduk berlegar-legar di bilik tetamu atau berlepak di bilik setiausaha-setiausahanya sementara menunggu giliran.
Abdullah
Pak Lah pula terkenal sebagai seorang yang amat tidak tahu mengurus waktunya dan amat berlawanan dengan Tun dalam hal ini. Lewat sejam atau dua jam dalam mempengerusi mesyuarat kabinet dan post kabinet bukan lagi perkara luar biasa, malah menjadi bahan rungutan dan ketawa ahli kabinet dan pegawai-pegawai kerajaan. Bukan juga luar biasa bagi orang-orang yang membuat temu janji dengannya menunggu sampai 5 hingga 6 jam di pejabatnya!Masalah ini memberi kesan besar kepada pegawai-pegawai kanan yang mahu berjumpa Pak Lah untuk mendapat keputusannya. Disebabkan kadangkala mereka tidak dapat bertemu dengannya maka mereka terpaksa berbaris menunggunya di mesyuarat post kabinet untuk mendapat keputusan dan tandatangan beliau.Fikirlah apa jenis keputusan yang beliau buat apabila beliau tidak sempat membaca dan meneliti kertas-kertas yang dihulurkan kepadanya secara tergesa-gesa itu.
7. Memenuhi Jemputan Majlis
Mahathir
Apabila menerima sebarang jemputan rasmi atau peribadi, Mahathir akan segera jawab boleh atau tidak boleh hadir. Kalau dia kata boleh, maka dia tetap akan hadir sebagai menunaikan janjinya. Kalau tak boleh, maka awal-awal lagi dimaklumkan pejabatnya bagi menyenangkan penganjur mencari ganti.
Abdullah
Pak Lah sebaliknya, apabila menerima jemputan akan lambat memberi jawapan sehingga menyusahkan pihak penganjur dari segi mencetak buku program, menyusun peraturan protokol dan sebagainya. Dan apabila memaklumkan tidak boleh hadir di saat-saat akhir, penganjur majlis macam nak gila kena cari penggantinya.Dalam pada itu bukan sekali dua Pak Lah janji untuk hadir, tiba-tiba di saat-saat akhir tidak boleh dan meminta wakil dari kalangan menteri-menterinya hadir. Bayangkan persiapan yang telah dirancang berbulan-bulan bagi meraikan seorang Perdana Menteri. Harapan penganjur berkecai kerana hampa dengan seorang 'alim' yang memandang ringan dengan janji-janjinya.
8. Membuat Keputusan
Mahathir
Mahathir seperti yang diketahui ramai tegas dalam keputusannya. Sebagai seorang manusia keputusannya mungkin silap, tetapi dia terus juga buat, kerana baginya lebih baik buat keputusan yang silap dari silap kerana tak buat apa-apa keputusan. Namun sebagai seorang doktor, sebelum sebarang keputusan dibuat, beliau akan pastikan segala maklumat atau bukti telah diperolehinya agar keputusan tersebut menjadi sebaik mungkin.
Abdullah
Pak Lah nampaknya tidak begitu berani buat keputusan kerana takut silap dan takut tidak popular. Apa-apa keputusan yang mahu dibuatnya dia lebih cenderung untuk mengambil hati pihak-pihak tertentu. Takut buat keputusan dan mengubah-ubah keputusan merupakan satu kelaziman Pak Lah yang diketahui seluruh negara. Contoh klasik ialah keputusan membatalkan projek Jambatan Bengkok. Mula-mula setuju. Malah selepas beberapa jam mengatakan kepada Syarikat Gerbang Perdana, projek ini Pak Lah gerenti akan laksanakan, tiba-tiba diumumkan batal! Begitu juga dengan keputusan membubarkan Parlimen yang berbolak-balik dan jelas membohongi rakyat secara terang-terangan.
9. Menghadapi Wawancara Media
Mahathir
Apabila Mahathir, semasa menjadi PM, diwawancara beliau merupakan favourite kepada penonton. Isi wawancaranya bernas dan penuh maklumat. Seperti kata Inggeris he says what he means and he means what he says. Noktah.
Abdullah
Pak Lah pula bila diwawancara sering menampakkan beliau tidak cukup maklumat dan terpaksa berdolak dalik. Dalam kes ECM Libra mengambilalih Avenue Capital Resource, beliau pernah menjawab "Saya tidak tahu, saya tak terlibat". Dalam kes Scomi pula yang melibatkan anaknya, beliau dengan mudah mengatakan Scomi tidak mendapat sebarang projek di dalam negara. Sedangkan ramai yang tahu jenis-jenis projek dalam negara yang diperolehi Scomi. Wawancara terakhir beliau dengan Dato Annuar Zaini boleh dikatakan menimbul lebih banyak persoalan dari jawapan.
10. Campur tangan ahli keluarga dalam pentadbiran dan politik
Mahathir
Walaupun pernah dikatakan Toh Puan Dr Siti Hasmah mempengaruhi keputusan-keputusan Mahathir, hal ini tidak ketara dan kalau ada pun dalam urusan-urusan kecil sahaja. Manakala anak menantunya boleh dikatakan tidak langsung ambil tahu mengenai hal-hal pentadbiran negara. Pernah diceritakan apabila anak-anak beliau mahu dicalonkan bertanding mana-mana jawatan parti, tidak kira rendah atau tinggi, Mahathir akan menghalangkannya. Dia tidak mahu mereka terlibat semasa dia memegang jawatan Presiden parti.
Abdullah
Campur tangan ahli keluarga Pak Lah amat jelas. Anak menantunya turut serta dalam urusan Pak Lah membuat keputusan. Walaupun letih Pak Lah menafikannya tidak sesiapa yang percaya kerana apa yang dikatakannya lain dari apa yang dialami mereka yang berkenaan. Penyingkiran Tan Sri Isa Samad dari jawatan parti dan kerajaan, jelas dikatakan hasil manipulasi Khairy, begitu juga dalam isu pemilihan calon untuk pilihanraya ke-12 baru-baru ini.
PenutupKesemua di atas adalah sebahagian kecil perbandingan yang diketahui penulis mengenai Mahathir dan Pak Lah dari segi pentadbiran dan kepimpinan mereka berdua. Manakala markah diberi mengikut penilaian bebas oleh sekumpulan pemerhati.
Mahathir menunggu lebih dua tahun selepas persaraannya untuk meluahkan perasaan ketidakpuasan hatinya kerana beliau merasai dirinya telah dikhianati, amanatnya tidak diambil hirau oleh penggantinya.Beliau menunggu dua tahun kerana beliau mahu mengutip sebanyak mungkin bukti. Mahathir tidak akan bercakap kosong. Dari dahulu lagi beliau arah orang cari bukti yang lengkap atas aduan yang mereka buat. Takkanlah beliau sendiri mengkritik kosong tanpa sebarang bukti sekarang ini.
Perbandingan ini bukan bertujuan mahu mencadang diletakkan semula Mahathir ke tempat yang telah diserahkan kepada penggantinya itu. Hanya pandai-pandailah kita menilai kepimpinan yang ada sekarang ini dan tanyalah diri mampukah kepimpinan ini membawa negara ini ke arah kecemerlangan. Kalau Tunku Abdul Rahman - Bapa Kemerdekaan, Tun Abdul Razak - Bapa Pembangunan, Tun Hussein Onn - Bapa Perpaduan dan Tun Dr. Mahathir - Bapa Pemodenan...maka Pak Lah adakah Bapa Kehancuran Malaysia??????????????

Monday, June 16, 2008
hari ini....adalah yang terbaik..
Alhamdulillah, syukur padaNya kita masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan meniti hari-hari yang semakin senja usianya. Dalam keadaan realiti kehidupan yang kian mengcengkam dan menghimpit kita masih punyai kekuatan untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan yang mendatang..hanya kerana kita masih punyai harapan. Mungkinkah pada suatu masa nanti kita akan hilang harapan itu, lantas membawa diri kita ke suatu persimpangan antara keinginan untuk meneruskan kelangsungan kehidupan ataupun sebaliknya. Apapun alasannya, kita perlu akur..selagi nyawa dikandung badan kita wajip meneruskan kehidupan tanpa perlu menyesali dan menangsi dengan apa yang telah berlaku. Dia telah menganugerahkan kita dengan akal dan fikiran yang membezakan kita dengan makhlukNya yang lain. Apakah kita masih tidak sedar dengan hakikat itu....apakah wajar dengan sengaja kita menjerumuskan diri ke lembah kehinaan atas alasan tekanan kehidupan...di mana nilainya kita sebagai hambaNya yang sebaik-baik kejadian?
Dalam kehidupan ini, kita akan dihadapkan dengan pelbagai ujian dan dugaan dan kadangkala kita hampir tertewas...kenapa kita harus tunduk pada tekanan kehidupan? jika dulu kita berjaya mengalahkan jutaaan persaingan semasa begelar sperma dan kita adalah yang yang terpilih untuk bergelar insan. Adalah menjadi lumrah kehidupan, tidak semua yang kita inginkan dapat dimiliki. Yang pastinya setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.
Realiti kehidupan dewasa ini amat-amat menuntut tahap kesabaran yang paling tinggi. Dengan keadaan taraf hidup ekonominya yang tinggi, sosial budaya yang kecelaruan sudah pastinya kita akan tewas kalau kita terlalu asyik menghitung bintang dilangit, menghiasi indahnya hidup dengan angan-angan tanpa berpegang pada taliNya.
Semoga Allah memberikan kita petunjuk ke arah kehidupan yang bahagia dunia dan akhirat. Tiada yang lebih bermakna dalam hidup ini melainkan menjadikan hidup kita bermakna pada diri kita dan insan-insan yang hadir di sekeliling kita. Bersama menjadikan hari -hari yang dilalui adalah yang terbaik kerana setiap 'hari ini' adalah penentu untuk hari esok.InsyaAllah.
Sunday, May 25, 2008
Hanya Satu.
Renungan bersama..
Adakah kita yang dilahirkan Islam dapat berhujah sebegini?" Satu hal lagi yang peliknya dalam Judaism tak ada konsep neraka…yang ada syurga je…kalau macamtu kenapa nak buat baikkan? Kenapa hidup ni tak buat dosa je ? kan elok ? Kalau aku takde rasa takut dengan pembalasan atas kejahatan yang aku lakukan kenapa aku perlu berlaku baik dalam hidup”Aku dilahirkan sebagai seorang Yahudi Rusia . Perjuangan ku bermula semasa aku berumur 19 tahun. , Keyakinanku terhadap tuhan kerap berbolak-balik . cita-citaku dalam hidup ini mulanya adalah nak menjadi seorang bintang rock. Aku tinggal di US dan bekerja sebagai secretary….. sungguh melucukan..
Suatu malam aku berjalan ke dapur, tiba-tiba ternampak satu lembaga hitam rupanya kawan serumahku. Aku masih ingat bertanya dia " Boleh tak aku simpan vodka ini dalam peti ais ?. Lepas tu kami bersalaman dan kembali ke bilik tidur. Selepas itu , kehidupan aku berubah secara tiba-tiba.
Kawan aku ini adalah seorang muslim. Dia adalah oran Islam yang pertama aku kenali. Oleh sebab terlampau kuat semangat ingin tahu aku pun bertanya kepada dia tentang Islam….. Aku Tanya dia pasal sembahyang 5 waktu, perang jihad , siapa Muhammad?.
Perbualan kami turut disertai bersama dengan seorang kawan Kristian kami bernama Wade. Jadi kami pun membentuk dialog antara agama Islam, Yahudi dan Kristian. Dalam sesi tersebut kami telah menemui banyak perbezaan dan persamaan.
Tanpa kusedari minatku telah bertukar daripada sex, dadah dan berpesta kepada pencarian mendalam kepada agama. Satu pencarian yang aku perlu lengkapkan.. Pencarian kepada tuhan.dan pencarian bagaimana untuk mengikuti perintah tuhan.
Dalam kesungguhanku mencari kebenaran, aku bertanya kepada diriku’ OK kita mula cara mudah, ada berapa tuhan sebenarnya ? Aku yakin ada satu je..sebab kalau banyak tuhan akan jadi lemah sebab pasti berlaku perselisihan dan pergaduhan… Satu tuhan adalah keyakinanku.dan pilihanku.
Suatu ketika dulu aku buka mindaku kepada kemungkinan wujudnya tuhan. Aku analisa pandangan orang yang percaya dan tak percaya.. Yang membuat kan aku menyebelahi orang yang percaya adalah ungkapan ‘ setiap rekaan mesti ada perekanya" Dengan keyakinan sedemikian dalam diriku akhirnya aku sedar dengan yakin bahwa tuhan itu wujud. Aku masa tu masih tak dapat menjelaskannya tetapi jauh dalam lubuk hatiku aku percaya.
Ketakjuban yang baru aku jumpa ni diikuti dengan rasa tanggungjawab terhadap Penciptaku…. Dunia beragama kemudian menjadi tumpuanku.
Lepas tu aku bertanya pada diriku ‘ Mana aku akan mula? Secara lisan ada ribuan jenis kepercayaan. Aku perlu juruskan kepada hanya beberapa kepercayaan sahaja. Macam mana aku nak selesaikan masalah ini? Mula-mula cari yang percaya pada satu tuhan sahaja. Ini aku masukkan dalam kepala otakku .Tentu sekali ini logik sebab aku hanya percaya pada satu tuhan sahaja."
Ok, lepas tu .."ini maknanya kita tolak Ugama Hindu dan Buddha sebab keduanya percaya pada banyak tuhan. Jadai tinggal 3 saja ugama yang ada satu tuhan iaitu Islam , Yahudi dan Kristian…. Jadi oleh sebab aku ni Yahudi aku mula dengan Judaism (Ugama Yahudi) terdapat satu tuhan ,beberapa Rasul, 10 ‘commandments", Taurat, jiwa Yahudi…apa..apa jiwa Yahudi?
Masa aku buat kajian perkara ini menghantui fikiranku. Ceritanya " Jika seseorang tu dilahirkan sebagai Yahudi dia ada jiwa Yahudi dan mereka mesti menganut Judaism (ugama Yahudi)…’ tunggu jap..kalau macam tu ni dah jadi diskriminasi kan? Sedangkan ugama itu patut universal (menyeluruh).
Jadi tuhan juga buat jiwa Yahudi, jiwa Krstian dan jiwa Muslim dan jiwa Hindu? Aku ingat semua manusia diciptakan sama sebagai manusia? Jadi kalau seseorang itu dilahirkan dalam sesuatu agama dengan ketentuan tuhan , maka dia mesti berada dalam agama tersebut walaupun akhirnya seseorang tu mendapati agamanya sesat?...hmmm aku tak percaya ..camtu zalim tuhan..ini mustahil.
Satu hal lagi yang peliknya dalam Judaism tak ada konsep neraka…yang ada syurga je…kalau macamtu kenapa nak buat baikkan? Kenapa hidup ni tak buat dosa je ? kan elok ? Kalau aku takde rasa takut dengan pembalasan atas kejahatan yang aku lakukan kenapa aku perlu berlaku baik dalam hidup?Kita teruskan..Aku dapati Christianity (agama Kristian) ok ada satu tuhan, seorang anak, seorang bapa dan roh suci…macam mana nak kata semua ni satu tuhan 1+1+1 =3 bukan satu? Jadi macam mana yang dikatakan percaya satu tuhan ?
Penjelasan lepas penjelasan, persamaan lepas persamaan dan perbandingan lepas perbandingan , analogi lepas analogi .. aku tak dapat terima konsep ini...Ok kita tengok isu lain pula…
Jesus mati disebabkan dosa kita dan dia lakukan sedemikian sebab kita telah dipenuhi dengan ‘dosa asli’. Jadi Jesus Christ anak tuhan perlu dikorbankan untuk menyelamatkan semua orang daripada neraka dan menyembuhkan kita daripada dosa yang diberikan kepada kita oleh Adam..
Ok kalau begitu maknaya kamu mengatakan bahwa kita dilahirkan sebagai orang yang telah sedia berdosa. ? Dan untuk jadi orang yang berdosa seseorang itu perlu melakukan satu dosa baru boleh jadi begitukan ? Jadi kamu beritahu aku yang bayi yang baru lahir telah melakukan kesalahan berdosa ? Yang ni pelik..takkan sebab kesalahan satu orang semua manusia kena pikul dosanya ? Apakah maksud pegangan sebegini? Seksa semua orang walaupun satu orang melakukan kesalahan ? Kenapa tuhan buat undang-undang macam tu ? Tuhan tak zalim..mustahil…tak logik… aku tak percaya.
Jadi Jesus Christ mati kerana beliau ‘ mengasihi manusia’ .. Nanti dulu dalam Bible disebut Jesus berkata " Bapa , kenapa aku dibuat begini? " Bermakna Jesus tak faham kenapa dia dibunuh secra kejam .. Tetapi kamu kata dia secara sukarela dikorbankan…. Walau apapun aku tetap tak dapat terima kepercayaan begini . Ok agama selanjutnya adalah Islam….
Islam bermaksud penyerahan diri. Kpercayaan umumnya adalah satu tuhan, solat 5 waktu sehari semalam, infaqkan 2.5% zakat tahunan kepada fakir miskin, berpuasa bulan Ramadan..dan mengerjakan Haji sekali seumur hidup jika mampu. Ok tak ada yang sukar untuk difahami.
Tak ada yang bercanggah dengan logikku. Al-Quran adalah kitab mukjizat. Banyak bukti saintifik telah diperolehi daripadanya sejak 1400 tahu yang lalu.
Ok.Islam telah melepasi tapisan awalku tentang keagamaan.. Tetapi aku ingin bertanya beberapa soalan yang mendalam tentangnya.. Adakah Islam itu menyeluruh? Ya..semua orang boleh faham kepercayaan yang asas ini. Tiada analogi atau persamaan yang diperlukan..Adakah ianya selaras dengan Sains? Sudah tentu.. terdapat berdozen ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan tentang Sains moden dan teknlogi.
Semakin aku membuat kajianku keatas ratusan fakta logik yang aku baca dan buat kajian, satu perkara lagi mengetuk fikiranku…yang paling utama sekali Islam..nama agama . Aku dapati ianya disebutkan banyak kali didalam Al-Quran.
Walau bagaimanapun , mengingat semula kajianku yang lepas. Aku tak ingat pun melihat satu perkataan Judaism didalam ‘Old Testament" atau Christianity didalam ‘New Testament" . Perkara ini amat besar dan mustahak. Kenapakah kita tak jumpa nama agama masing-masing dalam kitab berkenaan? Sebab… memang tidak ada nama agama dalam kitab tersebut ..Saya pun berfikir..Judaism datang daripada perkataan "Juda" dan "ism" sementara Christinity daripada perkataan "Christ" dan " ianity"…
Jadi siapakah Juda ini? Dia adalah ketua kabilah Hebrew ketika tuhan menurunkan wahyu kepada manusia. Jadi agama ini dinamakan daripada nama seseorang..Ok..kita tengok pula siapakah Jesus Christ ..Dia adalah orang yang menyampaikan risalah tuhan kepada golongan Yahudi. Jadi, kesimpulannya agama ini dinamakan dengan nama manusia.
Bercanggah dengan fakta, agama Judaism dan Christinity tidak ada disebutkan dalam kitab suci mereka..Bagi aku ini sangat pelik..aku tak boleh terima.
Kalaulah aku jual barang dari rumah ke rumah dan aku cakap pada tuan rumah" Tuan nak beli barangan (tiada nama) ? Tentu sekali jawapan logik adalah ‘"Apakah barangan (tiada nama) ini dipanggil ?.. Pasti saya takkan dapat menjual walau satu produk pun yang tiadak ada nama bukan ?
Menamakan sesuatu adalah perkara asas manusia menentukan objek baik secara fizikal atau bukan fizikal. Kalau agama yang hendak dianuti dan sebar kepada manusia diatas mukabumi, tentu sekali ianya mesti ada nama.
Sudah tentu sekali nama agama adalah nama yang diberikan oleh tuhan yang maha Esa? Aku yakin macam tu…tepat sekali..Nama Judaism dan Christianity tidak ditulis dalam kitab suci mereka , manusia yang ciptakannya bukan tuhan. Kenyataan yang tuhan menurunkan agama untuk manusia ikuti tanpa nama adalah mustahil pada pendapat aku…..Tak masuk akal.
Pada hujah ini, Judaism dan Christianity dah hilang kredibiliti sebagai asli, logik dan menyeluruh sebagai sebuah agama daripada pandanganku.
Islam adalah hanya satu agama yang ada nama agamanya tercatat dalam kitab suci,,,, ini sangat penting dan bermakna bagiku.
Aku kini menyedari aku wajib mengikuti Islam…….kemudian aku mengucap syahadah…aku bersyukur diketemukan dengan kebenaran. Dulu aku dalam kegelapan ..kini aku dalam cahaya kebenaran..
Allahu Akbar…….
Oleh Michael David Shapiro

Subscribe to:
Posts (Atom)